Inovasi beca seiring kehendak semasa – Adly

Inovasi beca seiring kehendak semasa – Adly

AYER KEROH 6 Dis. – Pengusaha-pengusaha beca berinovasi sentiasa mengikut kehendak semasa dan kerajaan negeri tidak boleh menyalahkan mereka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, memang ada kehendak bagi memastikan beca tradisi dikekalkan, tetapi pada masa sama kerajaan negeri ada kekangan kewangan.

Menurutnya, isu beca ini, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan banyak aspek perlu dilihat, jika mahu berubah kerajaan harus sediakan peruntukan untuk mereka.

“Contohnya, kerajaan negeri beri mereka latihan, tetapi kita harus tanggung kos tersebut bukan mereka.

Katanya, kerajaan negeri komited membantu kumpulan itu dengan rancangan untuk meningkatkan imej beca Melaka termasuk pembaharuan dalam sektor itu.

“Keperluan golongan tersebut sentiasa diberi perhatian di peringkat kerajaan negeri demi penambahbaikan dari segi mutu perkhidmatan kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Kerajaan negeri ambil maklum tentang isu-siu berkaitan budaya, tradisi dan sebagainya, kita akan mempertahankannya,” katanya kepada media bagi menjawab isu beca Melaka semakin hilang identiti yang dipapar di beberapa akhbar, baru-baru ini.

CATEGORIES