Imtiyaz Consultancy sasar capai RM40 juta perniagaan baharu akhir 2018

Imtiyaz Consultancy sasar capai RM40 juta perniagaan baharu akhir 2018

WAN Zaini (dua kiri) menunjukkan isyarat 10 jari sebagai simbolik pembukaan cawangan Imtiyaz ke-10 di Taman 1 Lagenda, Jumaat lalu.

BANDARAYA MELAKA 12 Ogos – Wakil AIA Public Takaful Berhad, Imtiyaz Consultancy Sdn. Bhd. (Imtiyaz), yakin mencapai sasaran RM40 juta perniagaan baharu menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Wan Zaini Wan Hassan berkata, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan permintaan pasaran yang makin meningkat.

Katanya, setakat 6 Ogos lalu, pihaknya telah memperoleh sejumlah RM16 juta dan dengan sokongan dari pihak AIA ianya tidak mustahil.

“Di Melaka saja untuk beberapa bulan terakhir ini, kita jangka memperoleh sekitar RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan cawangannya yang ke-10 di Taman 1 Lagenda di sini, Jumaat lalu.

Wan Zaini turut bercadang membuka cawangan selebihnya di Temerloh, Pahang dan Terengganu pada awal 2019.

Syarikat berkenaan turut punyai cawangan sekitar Lembah Klang diikuti Kuala Lumpur, Selangor, Alor Setar, Ipoh dan Johor Bahru.

326 Shares
CATEGORIES