Ibu bapa perlu peka keselamatan anak di pusat jagaan – Burhanuddin

Ibu bapa perlu peka keselamatan anak di pusat jagaan – Burhanuddin

ALOR GAJAH 12 Feb. – Ibu bapa dinasihat supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka khususnya yang
dihantar ke mana-mana pusat penjagaan kanak-kanak di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM), Burhanuddin Bachik berkata, ia penting supaya keselamatan anak-anak mereka terjamin.

Menurutnya, jika terdapat sebarang keraguan boleh laporkan terus kepada pihaknya.

“JKM sentiasa memantau permasalahan ini dari semasa ke semasa. Kita tidak mahu pelbagai kes melibatkan penganiayaan kanak-kanak berleluasa.

“Saya yakin dengan kerjasama ibu bapa, ia boleh dikawal,” katanya kepada media.

Sehingga kini, hanya 72 pusat jagaan yang telah didaftarkan di bawah JKM.

526 Shares
CATEGORIES