Hotel EQ anjur peraduan Memory Game Contest

Hotel EQ anjur peraduan Memory Game Contest

ZAIRI menyematkan ‘batch’ Tourism Malaysia kepada Syed A. Rahman selepas menyempurnakan peraduan ‘Memory Game Contest’.

BANDAR HILIR 2 Nov. – Hotel Equatorial (EQ) Melaka membuka penyertaan kepada orang ramai menyertai peraduan ‘Memory Game Contest’ sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019 bermula 1 November lalu hingga 28 Februai tahun hadapan.

Pengurus Komunikasi dan Pemasaran hotel itu, Datuk Chris Murray berkata, penyertaan dibuka kepada orang ramai, namun mesti menepati syarat.

Katanya, ianya dengan menginap sekurang-kurangnyua sehari di hotel itu dalam tempoh tersebut bagi melayakkan mereka memperolehi borang penyertaan.

Menurutnya, setiap soalan akan diberi ‘klu’ yang boleh diperolehi menerusi ‘puzzle’ yang diletakkan di lobi hotel dan kemudiannya menghendaki mereka melengkapan slogan paling menarik.

“Pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik berupa penginapan tiga hari dua malam di ‘Premier Room’ untuk dua orang termasuk sarapan.

“Keputusan pemenang akan diumumkan menerusi email,” katanya kepada MelakaKini.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Melaka, Zairi Suboh yang menyermpurnakan program tersebut serta Pengurus Besar Hotel Equatorial, Datuk Syed A. Rahman Alkaff.

CATEGORIES