Harumkan nama sekolah : Hari  Kanak-Kanak SKTM2 raikan murid

Harumkan nama sekolah : Hari Kanak-Kanak SKTM2 raikan murid

TANJUNG MINYAK 3 Dis. – Sambutan Hari Kanak-kanak SK Tanjung Minyak 2 (SKTM2) memberikan motivasi dan suntikan kepada murid-murid sekolah terbabit.

Pengerusi PIBG SKTM2, Mohamad Farid Yahya berkata, penganjuran itu merupakan tradisi pihak sekolah, sekali gus memberi pengiktirafan kepada murid-murid.

Menurutnya, ia sebagai motivasi kepada murid atas usaha mereka untuk mengharumkan nama sekolah.

Katanya, sambutan itu bagi meraikan murid-murid dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Jelasnya, kebanyakan mereka berjaya menaikkan nama sekolah di peringkat negeri atau kebangsaan.

“Selain itu, terdapat juga aktiviti gotong-royong bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid,” katanya.

Katanya, ibu bapa juga tidak ketinggalan membantu menyalurkan sumbangan kewangan dan tenaga bagi menjayakan sambutan tersebut.

Mohamad Farid memberitahu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan senamrobik, persembahan dari Ana Muslim dan jamuan murid.

Pada sambutan itu, seramai enam murid dipilih sebagai tokoh kanak-kanak iaitu Abu Ubaidah Aziz, Aina Qistina Hadafi, Nur Fatin Nabilla Shukri, Muhammad Izwan Zulkepli, Amni Qahsrina Mohmad Farid dan Muhammad Nazran Akiff Mohd Najib.

Hadir sama, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Syed Hussain Syed Ismail; Guru Penolong Kanan HEM, Asniah Yusoff & Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Victory Udin.

CATEGORIES