Harga runcit petrol RON95 dihadkan kepada RM2.08 seliter

Harga runcit petrol RON95 dihadkan kepada RM2.08 seliter

PUTRAJAYA – Had maksimum harga runcit petrol RON95 yang sebelum ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter, dikurangkan kepada RM2.08 seliter, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri hari ini setelah mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini.

“Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.

“Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

CATEGORIES