Diskaun 50 peratus bayaran saman sempena TBC 2019

Diskaun 50 peratus bayaran saman sempena TBC 2019

AYER KEROH 10 Jan. – Polis Melaka menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019.

Menurut jucucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, bagaimana terdapat enam saman yang dikecualikan.

Iaitu saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus No Compoundable (NC), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori.

Katanya, individu yang mahu melangsaikan jumlah saman boleh datang ke Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Jumaat ini.

“Ambillah peluang ini dan datang beramai-ramai terutama kepada mereka yang punyai saman tertunggak kerana kami menyediakan kaunter yang akan beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

607 Shares
CATEGORIES
TAGS