Budaya reka cipta, hasil produk inovasi

Budaya reka cipta, hasil produk inovasi

BUKIT BERUANG 11 Feb. – Usaha menerapkan budaya mereka cipta dalam kalangan pelajar perlu berterusan bagi memastikan produk dihasilkan mampu memberi manfaat.

Bidang inovasi sebahagian daripada harta intelek negara yang menjadi pemangkin dalam mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Justeru itu, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menganjurkan Pertandingan Inovasi & Rekacipta Pelajar Program Sijil Teknologi Elektri (STE) di KKBBM, baru-baru ini.

Pertandingan itu, melibatkan pelajar semester tiga (4 kumpulan) dan pelajar semester empat (6 kumpulan).

Bagaimanapun, johan dimenangi oleh Projek Fingerprint Door Lock Arduino, tempat kedua Projek Lot Home Automation dan Projek Car Control Using Hp.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah KKBBM, Jamalluddin Mohd Ali.

CATEGORIES