Bincang isu semasa : Naib Canselor KUIM kunjung hormat Ketua Menteri

Bincang isu semasa : Naib Canselor KUIM kunjung hormat Ketua Menteri

AYER KEROH 12 Feb. – Ketua Menteri, Adly Zahari menerima kunjung hormat Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Dr. Radzai Said di pejabat Ketua Menteri, baru-baru ini.

Turut serta barisan pengurusan KUIM di mana kunjung hormat itu bertujuan mengadakan sesi ramah mesra bersama Ketua Menteri yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIM.

Radzai berkata, pada kunjungan itu turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan pembangunan prasarana dan perkembangan semasa KUIM.

Menurutnya, pertemuan bersama Ketua Menteri lebih tertumpu kepada perkembangan semasa KUIM di samping kunjungan hormat mesra bersama barisan pengurusan tertinggi KUIM dengan Adly.

“Banyak perkara perlu diberi tumpuan dalam meningkatkan imej KUIM ke peringkat perdana khususnya di Melaka, antaranya pembabitan secara langsung bersama kerajaan negeri, agensi-agensi swasta atau kerajaan selain menjalin hubungan bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Radzai turut membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan membabitkan kerjasama dari pihak kerajaan negeri.

Radzai berkata, pertemuan ini secara tidak langsung menaikkan imej IPT di bawah naungan Kerajaan Negeri Melaka.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Madya Dr. Asnul Dahar Minghat; Timbalan Naib Canselor Pembangunan Korporat, Zamzuri Abdul Majid; Pendaftar, Siti Hajar Abu Kassim; Pengarah Hal Ehwal Akademik, Noor Jeffri Abdul Wahab dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Baharom Said.

CATEGORIES