Biarlah mereka nak berhimpun – Mujahid

Biarlah mereka nak berhimpun – Mujahid

BANDAR MELAKA 5 Dis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, tiada sebab lagi bagi orang ramai untuk berhimpun meraikan kejayaan kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) Sabtu ini.

Katanya, beliau secara peribadinya tidak menyokong himpunan itu kerana kerajaan sudah memberitahu ICERD tidak akan diratifikasi dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

“Walaupun secara peribadinya saya nyatakan tuntutan asal kumpulan anti ICERD ini adalah memastikan ia tidak diratifikasi.

“Tetapi, itu hak mereka nak berhimpun dan perkara itu antara yang telah kita perjuangkan sejak dulu.

“Bila sudah berkuasa takkan kami nak haram pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas World Zakat Forum International Conference di Hotel Equatorial di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, peserta himpunan itu, bagaimanapun perlu memastikan ia tidak  menjejaskan keselamatan negara dan tidak membawa kepada pemberontakan kaum dan agama.

“Selagi mereka faham maksud (himpunan) itu silakan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS