Ban Zen Motors beri manfaat kepada pelanggan

Ban Zen Motors beri manfaat kepada pelanggan

MICHAEL

BANDARAYA MELAKA 25 Julai – Ban Zen Motors Sdn. Bhd. (BZ) Melaka terus memastikan kesemua pelanggannya menerima manfaat sekiranya melakukan urusan pembelian motosikal bersama BZ.

Pengarah Eksekutifnya, Teh Kim Hock Michael berkata, setiap pelanggan yang membeli motosikal di BZ akan menerima dua kad keahlian iaitu ‘BZ membership’ dan ‘my card smart shopper’.

Katanya, ‘my card smart shopper’ adalah manfaat diberikan kepada pelanggannya di mana setiap pembelian bersama BZ mereka akan dapat mengumpul mata tidak kira di mana-mana ‘outlet’ yang berkaitan dengan BZ.

“Selain itu, BZ juga menawarakn pembayar insurans, TNB, syarikat air, TM, Astro dan lain-lain di mana setiap resit bayaran itu pelanggan akan menerima ‘cash point’ sebanyak RM0.10.

“Mata-mata ini akan masuk terus dalam ‘my card’ mereka dan boleh dikumpul seberapa banyak untuk dibelanjakan di tempat lain,” katanya.

Michael berkata demikian ketika ditemui MelakaKini (MK) di BZ Pengkalan Rama di sini, hari ini.

Jelasnya, BZ Melaka menyasarkan kenaikan sebanyak lima peratus sepanjang tahun ini dengan pelbagai promosi dan usaha yang dilakukan.

“Jika naik lima peratus pun sudah cukup baik, bagaimanapun respon daripada pelanggan sangat baik dan kebanyakan mereka berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan.

“Dengan adanya ‘membership’ tersebut, mereka hanya perlu memperbaharuinya sebanyak RM15 bagi tempoh selama dua tahun,” katanya.

Pada masa sama, Michael turut menyarankan kepada pelanggan-pelanggannya untuk memasang alat ‘anti theft’ di setiap motosikal masing-masing.

“Mereka boleh pasang di setiap cawangan-cawangan BZ di Melaka yang ada, dengan adanya alat tersebut, pelanggan kami dapat memantau motosikal mereka sekali gus mengelakkan kehilangan atau kecurian motosikal,” katanya.

Terbaharu Michael turut memberitahu, BZ telah mengeluarkan produk baharunya iaitu motosikal elektrik selaras dengan Melaka yang mengekalkan teknologi hijau.

CATEGORIES