Bajet MU musim depan kurang dari RM12 juta?

Bajet MU musim depan kurang dari RM12 juta?

MELAKA United (MU) dijangka terpaksa beraksi dengan dana kurang dari RM12 juta musim depan berbanding RM18 juta.

Ianya seperti diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Adly Zahari, baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman MUSA, bajet RM18 juta diumumkan Adly yang juga Ketua Menteri turut meliputi beberapa aspek, antaranya projek pembangunan bola sepak akar umbi, pengurusan dan lain-lain.

Katanya, projek pembangunan bola sepak dan beberapa perkara lain akan melibatkan kos sehingga RM7 juta dan selebihnya akan diperuntukkan dalam kempen Liga Malaysia, musim depan.

“RM18 juta yang diumumkan Adly bukan untuk kegunaan pasukan sepenuhnya semasa saingan Liga Malaysia, sebahagian digunakan untuk pembangunan.

“Mungkin bajet untuk MU dalam saingan musim 2019 sekitar RM11 juta atau RM12 juta,” katanya.

Sumber itu turut memberitahu, pertukaran pemain dan jurulatih pada musim ini agak membebankan kewangan pasukan.

“Duit banyak habis dengan pertukaran pemain, apatah lagi melibatkan pengambilan jurulatih,” katanya.

MU dipimpin tiga jurulatih musim ini bermula dengan Eric Williams, Eduardo Almeida dan E. Elavarasan.

116 Shares
CATEGORIES
TAGS

COMMENTS