Bajet 2019 : Melaka lebihan RM2 juta

Bajet 2019 : Melaka lebihan RM2 juta

AYER KEROH 9 Nov. – Kerajaan Negeri Melaka membentangkan Belanjawan 2019 melibatkan peruntukan berjumlah RM384.29 juta dengan mencatatkan lebihan RM2 juta berbanding tahun 2018 iaitu RM280,000.

Belanjawan 2019 Melaka itu merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM382.23 juta dan perbelanjaan pelbagai pemberian sebanyak RM95.56 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM384.29 juta pada tahun depan.

Jumlah belanjawan yang disediakan tahun depan itu menyaksikan peningkatan peruntukan kira-kira 2.76 peratus berbanding Belanjawan tahun lalu RM373.95 juta.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, daripada perbelanjaan mengurus itu, sebanyak RM106 juta diperuntukkan untuk bayaran emolumen bagi pegawai tetap, perkhidmatan dan bekalan (RM161.68 juta) dan pembelian aset berjumlah RM3.2 juta.

“Ini merupakan belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bakal mencorakkan negeri Melaka ke arah Negeri Berwibawa selepas 61 tahun belanjawan dibentangkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

558 Shares
CATEGORIES
TAGS

COMMENTS