Baharudin dilantik Pesuruhjaya MDN negeri

Baharudin dilantik Pesuruhjaya MDN negeri

BANDARAYA MELAKA 7 Dis. – Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Datuk Dr. Baharudin Puteh dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Melaka pada perjumpaan khas sempena penubuhan MDN di Bandaraya Melaka, Khamis lalu.

Pengerusi MDN, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid yang hadir pada perjumpaan itu telah mengumumkan pelantikan Baharudin menerajui pertubuhan itu di peringkat negeri.

Dalam perjumpaan khas itu, Dr. Kamari Kasan turut diumumkan sebagai Timbalan Pesuruhjayanya.

MDN Negeri Melaka yang baru ditubuhkan bermatlamat untuk menjadi tulang belakang memperjuangkan agenda bagi memperkasa perpaduan dan pembangunan ummah.

MDN Negeri Melaka juga boleh memainkan peranan dalam menggerakkan selain meneruskan agenda dakwah.

Hadir sama dalam perjumpaan tersebut, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil.

126 Shares
CATEGORIES