Anggota bomba & kakitangan stesen  janakuasa pamer aksi menyelamat

Anggota bomba & kakitangan stesen janakuasa pamer aksi menyelamat

TANJUNG KLING 6 Dis. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mempamerkan keberanian dan kepakaran menyelamatkan mangsa yang ‘terperangkap dalam kebakaran’ hari ini.

Ia dilakukan di bahagian bangunan tertinggi dalam demonstrasi semasa Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar di stesen janakuasa elektrik, Pahlawan Power Sdn., Bhd.

Aksi menyelamat itu turut disertai ahli Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) stesen berkenaan melibatkan kira-kira 20 peserta termasuk anggota bomba.

Aksi menyelamat itu turut disaksikan Timbalan Pengarah JBPM Melaka, Ahmad Zaidi Safuan dan Pengurus Stesen Janakuasa Elektrik, Pahlawan Power Sdn. Bhd., Calvin Low Choo Kian.

Choo Kian dalam ucapannya berkata, minggu keselamatan merupakan sebahagian aktiviti memperkasakan dan memperkemaskan kemahiran menyelamat dalam kalangan kakitangannya.

“Pelbagai aktiviti diadakan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemakanan dan kesihatan pekerja bermula 3 Disember lalu dan berakhir hari ini,” katanya.

CATEGORIES