Aktiviti khurafat di Pulau Besar, MAIM & JAIM sentiasa pantau

Aktiviti khurafat di Pulau Besar, MAIM & JAIM sentiasa pantau

AYER KEROH 6 Dis. – Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sentiasa melakukan pemantauan di Pulau Besar bagi mengelakkan aktiviti khurafat di kawasan itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, aktiviti khurafat di pulau legenda itu sememangnya dalam pengetahuan agensi berkaitan dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, maklumat berkaitan kewujudan kuil di pulau tersebut seperti diviralkan tidak tepat dan ia maklumat palsu.

“Pemantauan yang dilakukan bagi menjaga keharmonian serta keselamatan pengunjung yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi di musim cuti persekolahan ini.

“Sudah tentu pelbagai aktiviti diadakan dan kita sentiasa memantaunya setiap masa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

391 Shares
CATEGORIES