‘Agong’ muncul di Melaka

‘Agong’ muncul di Melaka

LEREH 12 Jan. РKetua Menteri, Adly Zahari menegaskan negara ini memiliki kedaulatan undang-undang dan perlembagaan dan ia wajib dipatuhi rakyat negara serta negeri  ini termasuk Melaka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya ‘Agong’ sebenar Tanah Melayu di Sungai Rambai sebentar tadi.

Berhubung perkara itu, Adly menyerahkan perkara ini kepada pihak polis sepenuhnya.

“Isu ini kadang-kadang menggugat perpaduan, serta kestabilan negeri dan menganggu nilai harmoni yang telah dipupuk selama ini.

“Jika ia dilihat agak keterlaluan, kerajaan negeri akan mengambil tindakan pencegahan supaya ia tidak berlarutan dan berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Klebang semasa lawatan kerjanya di Dewan Undangan Negeri itu sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Gue Teck.

Mengulas lanjut, individu berasal dari Perak tersebut turut mendakwa dirinya sebagai Perdana Menteri sebenar dan mengaku jawatan itu diberikan sejurus dia dilahirkan pada tahun 1903.

Kejadian ini merupakan kes pertama tahun ini melibat pengakuan individu yang mengaku diri mereka adalah keturunan diraja setelah kes sama direkodkan tahun lepas diikuti beberapa tahun yang lalu.

486 Shares
CATEGORIES
TAGS