ADUN Telok Mas hulur sumbangan TBC

ADUN Telok Mas hulur sumbangan TBC

TELOK MAS 8 Feb. – Seramai 25 kaum Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terdiri golongan B40
menerima bantuan berupa hamper dan wang tunai sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Noor Effandi Ahmad berkata, setiap penerima mendapat angpau dan hamper
yang diharap membolehkan mereka menyambut perayaan dengan lebih ceria.

“Sumbangan ini bertepatan konsep peduli rakyat kerajaan PH yang mengutamakan rakyat tanpa mengira kaum khususnya dalam DUN Telok Mas,” jelasnya.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi berkata demikian selepas program Jelajah Basikal di sekitar
Kampung Telok Mas, Bukit Senjuang dan Ujong Pasir.

“Kebanyakan masyarakat kaum Tionghua¬†yang duduk di sekitar kawasan ini bekerja sebagai petani dan nelayan, mereka bukanlah golongan berada.

“Terdapat juga antara mereka yang sudah berusia dan diharap lawatan ini berserta sumbangan yang diberi mampu memberi
sinar harapan kepada mereka,” katanya.

Aktiviti jelajah berbasikal tersebut turut disertai oleh kakitangan Japerun DUN Telok Mas dan tenaga kerja dari Jabatan Pendidikan.

CATEGORIES