ADUN Kota Laksamana turun padang, bantu golongan memerlukan

ADUN Kota Laksamana turun padang, bantu golongan memerlukan

BANDARAYA MELAKA 9 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong meneruskan program Ziarah Kasih di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)nya walaupun sibuk dengan tugasan sebagai Exco.

Terbaharu, Chee Leong menziarahi lima golongan yang memerlukan di sekitar Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini, Khamis lalu.

Antara yang diziarahinya, pesakit terlantar, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kencing manis.

Lawatan turut disertai agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Antara bantuan disalurkan adalah bahan makanan, lampin pakai buang, kerusi roda dan lain-lain berdasarkan permohonan dan keperluan golongan terbabit.

Di samping menziarahi sambil menyampaikan bantuan, Chee Leong yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah dapat mengumpul maklumat tambahan berkaitan pemasalahan penduduk di sekitar DUNnya.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Pembantu Kebajikan Japerun Kota Laksamana, Lin Chuan Wen; Penghulu DUN Kota Laksamana, Mohd Firdaus Abdul Wahid; Pengerusi MPKK Pengkalan Rama, Shahrizan Mahmud; Sidang Pengkalan Rama Pantai, Shaari Mohd Sharif dan Setiausaha MPKK Pengkalan Rama Pantai, Azizi Anual.

CATEGORIES

COMMENTS