ADUN Bemban ‘santai’ ramah mesra dengan penduduk setempat

ADUN Bemban ‘santai’ ramah mesra dengan penduduk setempat

BEMBAN 8 Feb – Aktiviti turun padang beramah mesra dengan penduduk setempat merupakan antara inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin dalam memastikan jalinan hubungan dengan rakyat terus utuh.

Lebih menarik lagi, ia diadakan secara santai sekali gus memberi kesempatan buat orang ramai untuk mengadu sebarang permasalah yang dihadapi masyarakat dalam DUN tersebut.

Baru-baru ini, satu sesi lawatan santai telah diadakan di sekitar pekan Bemban, deretan kedai di Air Merbau dan Jasin Point.

Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya menjelaskan menerusi pendekatan tersebut, ia diharap dapat mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara ADUN kawasan dengan masyarakat setempat selain dapat bersama-sama atasi permasalahan yang dihadapi.

CATEGORIES