Adly minta restu Mahathir atasi isu birokrasi dan hala tuju Melaka

Adly minta restu Mahathir atasi isu birokrasi dan hala tuju Melaka

BANDARAYA MELAKA 4 Dis. Ketua Menteri, Adly Zahari mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi tadi, bagi meminta pandangan beliau untuk mengatasi masalah birokrasi terhadap sektor pembangunan di Melaka.

Katanya, dalam perbincangan kira-kira 30 minit bermula jam 9 pagi itu, Dr. Mahathir turut memberi tunjuk ajar terhadap penyelesaian terhadap pelbagai isu melibatkan projek mega Melaka Gateway, Pelabuhan Kuala Linggi dan  beberapa perkara melibatkan sektor pelancongan, termasuk pandangan beliau terhadap hala tuju Melaka.

“Perbincangan pagi tadi sangat positif dan saya menerima pelbagai tunjuk ajar dari Dr. Mahathir untuk melonjakkan Melaka lebih ke depan menerusi projek pembangunan berdasarkan pengalamannya.

“Dan selepas perbincangan itu tadi,  segala ruang yang kita ada dalam memastikan pembangunan dapat berjalan lancar mempunyai penyelesaian terbaik terutamanya melibatkan birokraks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penghargaan Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka tahun 2018 di Hotel Equatorial sebentar tadi.

Dalam pada itu, Adly turut mengadakan perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar bagi membincangkan cara memperkemaskan struktur pentadbiran negeri.

3.13K Shares
CATEGORIES
TAGS