Tahap penyelenggaraan Taman Mini Malaysia dan ASEAN tidak memuaskan

Tahap penyelenggaraan Taman Mini Malaysia dan ASEAN tidak memuaskan

AYER KEROH 11 Jan. – Ketua Menteri, Adly Zahari hari ini menegur pihak pengurusan Taman Mini Malaysia dan ASEAN yang gagal menyelenggarakan kawasan pelancongan itu sepenuhnya.

Kawasan pelancongan utama di Melaka yang terletak kira-kira satu kilometer dari tol Ayer Keroh turut diberikan penarafan tiga daripada 10.

Adly berkata, aset dimiliki pusat pelancongan cukup baik, tetapi tahap penyelenggaraan kawasannya amat lemah.

“Cukup sekadar penyelenggaraan iaitu laluan yang berlumut yang sepatutnya antara benda asas yang perlu dititikberatkan.

“Saya tidak mengiranya dari segi kerosakkan dan sebagainya, tumpuan hanya diberikan terhadap penyelenggaraan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri, sebentar tadi.

Adly berkata, jika pihak pengurusan masih gagal memastikan kawasan itu menepati syarat ditetapkan sehingga akhir bulan Februari, kerajaan negeri akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita ada beberapa pilihan, antaranya mengambil alih kawasan itu, mencari pemaju lain yang lebih layak.

“Dalam tempoh kita akan lihat sama ada mereka berkemampuan menjaga kawasan itu atau tidak dan tempoh telah diberikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Adly turut memuji penyelenggaraan dilakukan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang membaiki bot-bot pelancongan milik mereka.

“Antara yang terbaik adalah PPSPM yang cemerlang dari segi pengurusan, keselamatan dan penyelenggaraan, mengeluarkan produk baru dan lain-lain.

275 Shares
CATEGORIES
TAGS