85 peratus aduan rakyat selesai – Adly

85 peratus aduan rakyat selesai – Adly

AYER KEROH 11 Jan. – Hampir 85 peratus aduan rakyat telah diselesaikan berdasarkan lebih 2,300 aduan diterima secara terus kepada Ketua Menteri, Adly Zahari hingga Disember lalu.

Menurut Adly, aduan diterima itu menerusi program Hari Bertemu Rakyat pada setiap Jumat sejak Mei lalu.

Katanya, beliau bersama beberapa agensi kerajaan akan tampil bersemuka dengan rakyat dan mendengar setiap permaslahan dihadapi mereka.

Ujarnya, program yang diadakan di Seri Bendahara itu platfrom mendekati rakyat dan merupakan kaedah terbaik menyelesaikan masalah secara telus.

“Kita harus buka peluang dan perlu perbincangan melalui khidmat nasihat dan kalau ada cara penyelesaian, kita selesaikan kerana rakyat harus menerima pandangan berhubung permasalahan mereka.

“Ia merupakan satu penyelesaian dan kalau kita tak lakukan cara ini, bagaimana pula rakyat ingin bertemu Ketua Menteri yang kadang kala terikat dengan pelbagai program dan perkara yang perlu dilakukan di pejabat.

“Saya harap agar wakil rakyat lain turut sediakan masa untuk rakyat bagi mendengar luahan secara terus dari mulut mereka.

“Kerajaan tak perlu anggap permasalahan itu masalah buat kita, tapi itu tugas kita dan merupakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat,” katanya.

184 Shares
CATEGORIES