6 jabatan & unit di bawah JKMM dimansuhkan

6 jabatan & unit di bawah JKMM dimansuhkan

AYER KEROH 31 Mei – Kerajaan Melaka akan memansuhkan enam jabatan dan unit di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, agensi yang dimansuhkan itu ialah Bahagian Sahabat Belia (BSB), Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Majlis Pembangunan Ekonomi Negeri (MAPEN) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).

Menurutnya, Bahagian Khidmat Masyarakat (BKM) dan Jabatan Landskap negeri turut dimansuhkan.

“Beberapa dari unit yang dimansuhkan itu punyai tugas yang bertindih dengan jabatan di peringkat Persekutuan seperti BSB yang mempunyai fungsi bertindih dengan Jabatan Belia & Sukan, manakala BKM pula bertindih dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

“Bagi UPEB dan MAPEN, fungsinya akan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Fungsi MKJR akan dimainkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri dan Jabatan Landskap negeri pula akan diselaraskan oleh Unit Kerajaan Tempatan JKMM.

“Manakala Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan DMDI International Education Sdn. Bhd. pula akan dikaji semula peranan dan keperluannya kepada masyarakat serta pembangunan negeri,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, hari ini.

CATEGORIES