500 pelajar PMM dilatih hadapi alam pekerjaan

500 pelajar PMM dilatih hadapi alam pekerjaan

MERLIMAU 9 Jan. – Seramai 500 pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menyertai Program Dialog Industri World of Work (WoW) bagi menghadapi latihan industri pekerjaan sebenar.

Pengarah PMM, Rosli Hamid berkata, ia dilaksanakan bagi melatih pelajar mengenai persediaan bekerja selepas menuntut di PMM selama dua tahun setengah.

Menurutnya, dua perkara utama dikongsikan dalam dialog tersebut seperti bagaimana pelajar membawa diri dalam suasana pekerjaan dan diserap sebagai pekerja.

“Pelajar juga didedahkan mengenai persiapan diri dan keperluan menghadapi era baharu, terutama dalam bidang pekerjaan yang dipilih,” katanya.

Jelasnya, dialog diadakan itu seiring visi dan misi politeknik dalam mendukung perubahan masa kini dan selari dengan keperluan TVET.

Program itu menampilkan tiga panel seperti Presiden TransAir Corporation Sdn. Bhd., Datuk Seri Muhamad Rosli Che Wan; Pengurus Besar Puspamara Sdn. Bhd., Mohd Zawawi Zukfily dan Pengurus Permai Hijrah Service Station, Khairul Anuar Jaafar.

Program itu anjuran PMM menerusi Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) serta Unit Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC).

CATEGORIES