50 keluarga masyarakat India terima sumbangan Deepavali

50 keluarga masyarakat India terima sumbangan Deepavali

BANDAR HILIR 7 Nov. – Kira-kira 50 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Banda Hilir di sini, Sabtu lalu.

Majlis penyerahan disempurnakan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bandar Hilir, Datuk Tey Kok Kiew dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Pasar Wilayah Jalan Tamby Abdullah di sini.

Kok Kiew berkata, sumbangan diberi bagi meringankan beban mereka membuat persediaan menyambut perayaan Deepavali.

Menurutnya, usaha itu sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan kegembiran kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Ia juga menjadi sebahagian dari usaha kita membantu mereka yang memerlukan bukan saja pada sambutan Deepavali, malah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya,” katanya.

Kok Kiew berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan Hari Deepavali 2018 anjuran Japerun Bandar Hilir.

CATEGORIES

COMMENTS