40 pelajar SMK Ghafaar Baba pelajari ilmu pentadbiran Naning

40 pelajar SMK Ghafaar Baba pelajari ilmu pentadbiran Naning

ALOR GAJAH 8 Nov. – Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafaar Baba, Masjid Tanah mengikuti Pakej Lawatan Ilmiah di Muzium Warisan dan Sejarah Naning Simpang Ampat, di sini.

Program bermula jam 10 pagi baru-baru ini dimulakan dengan sesi lawatan berpandu ke Megalith Datuk Tua, Makan Dato’ Dol Said dan seterusnya ke muzium.

Lawatan tersebut diketuai Penolong Kurator, Siti Rohani Hamzah dan Pembantu Muzium, Rohaidi Dolah.

Pelajar dibawa menyertai pelbagai aktiviti seperti menjawab kuiz, pembentangan berkumpulan dan bermain permainan tradisional.

Aktiviti diadakan itu bagi memastikan pelajar mendapat ilmu pengetahuan mengenai Naning yang merupakan satu daerah unik dan punyai kuasa serta pentadbiran tersendiri.

Pelajar terlibat turut diberikan hadiah bagi menggalakkan mereka menyertai segala aktiviti yang diadakan.

Sijil penyertaan turut diberikan kepada setiap pelajar yang menyertainya.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Khamis Abas.

CATEGORIES

COMMENTS