350 sertai Seminar Pencapaian Murid,  Merentasi Jantina & SES

350 sertai Seminar Pencapaian Murid, Merentasi Jantina & SES

AYER KEROH 31 Okt. – Kira-kira 350 pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), guru-guru kaunseling serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menghadiri Seminar Pencapaian Murid, Merentasi Jantina & Status Ekonomi Sosial (SES) dan Hal Ehwal Kebajikan Murid Peringkat Negeri di Putra International College di sini, semalam.

Seminar anjuran JPN itu bermatlamat menjalin bentuk kerjasama bagi merentasi pelbagai pihak di dalam dan luar JPN Melaka.

Ia juga untuk membantu murid bekeperluan bagi memastikan jurang pencapaian murid berasaskan gender dan SES dapat dikurangkan.

Antara perkongsian diperolehi ialah berkaitan faktor kewujudan kes disiplin yang berlaku dalam kalangan murid termasuk kes ponteng sekolah dan kecenderungan tingkah laku seksual.

Selain itu, pelaksanaan psikometrik merupakan satu mekanisme untuk membantu meningkatkan minat murid dalam aspek pembelajaran dan hala tuju kerjaya mereka selain perkongsian berkaitan kaedah dalam menangani isu murid bekeperluan (gander & SES).

Seminar itu juga bagi mencapai perkongsian maklumat berkaitan bantuan kebajikan dari agensi seperti Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Rashid Mohd Sidek.

Hadir sama, Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN, Tahir Kassim; Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Datuk Mokhtar Harun dan Ketua Unit Hal Ehwal Murid JPN, Mohd Zulhijri Sabtu.

CATEGORIES