12.6 peratus pendapatan Malaysia 2019 untuk bayaran hutang

12.6 peratus pendapatan Malaysia 2019 untuk bayaran hutang

TELOK MAS 8 Nov. – Rakyat wajar mengetahui bahawa RM33 bilion iaitu 12.6 peratus dari anggaran pendapatan kerajaan Malaysia bagi tahun 2019 akan digunakan untuk bayaran hutang.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Noor Effandi Ahmad berkata, bagi tahun 2018 sebanyak RM31 bilion digunakan bagi peruntukan bayaran hutang negara.

Menurutnya, bebanan bayaran hutang secara tahunan berserta faedah yang tinggi itu adalah ‘peninggalan’ utama legasi Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

“Tetapi, di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), rakyat perlu yakin bahawa Malaysia baharu akan menjadi negara dihormati dan mengecap status ‘harimau ekonomi Asia’ seperti diraih di era 1990an dalu,” katanya kepada MelakaKini.

Untuk makluman, ia dalam inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.

Hutang dan liabiliti sebenar kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi dari jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu.

CATEGORIES

COMMENTS