115 kakitangan PDTJ dirai

115 kakitangan PDTJ dirai

JASIN 7 Jan. – Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) meraikan kakitangannya menerusi Majlis Malam Penghargaan Kakitangan PDTJ baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 115 kakitangan diraikan sempena jasa dan sumbangan mereka kepada jabatan itu.

Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya berkata, majlis tersebut menjadi medium terbaik untuk menunjukkan penghargaan jabatan kepada staff yang selama ini berkhidmat memberikan pretasi terbaik.

Menurutnya, antara diraikan adalah pesara-pesara PDTJ dan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulan (APCB).

“Peluang ini juga merupakan kesempatan kepada kami untuk lebih mengenali satu sama lain.

“Saya harap tahun ini mereka akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada MelakaKini.

PDTJ turut menjalankan Mesyuarat Penetapan Sasaran Kerja Tahun (SKT) 2019.

“Pelaksanaan mesyuarat ini penting untuk menilai pencapaian dan prestasi jabatan bagi tahun 2018, selain merangka dan menetapkan sasaran kerja tahun ini,” katanya.

CATEGORIES